Categories: Bahasa

Frenerietta Sobitun Dinobat Sebagai Unduk Ngadau 2022

PENAMPANG: Frenerietta Sobitun yang mewakili daerah Sandakan dinobatkan sebagai pemenang Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2022 setelah menewaskan 43 peserta lain.

Frenerietta, yang merupakan seorang guru berusia 25 tahun itu membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM122,529 mengambil-alih takhta UNK daripada pemenang UNK 2021, Maya Hejnowska.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Esther Marius mewakili Papar dan tempat ketiga milik Deedee Cassandra Dallius mewakili Ranau. Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM62,779 dan RM75,319.

Sementara itu, tempat keempat hingga ketujuh masing-masing dimenangi oleh Carolyn Tony (Penampang), Allveanna Loimin (Kiulu), Evanatie Sannie (Kota Marudu) dan Sylvernie Belinda Engelbert (Inanam).

Setiap pemenang menerima wang tunai, trofi, produk kecantikan, baucar program kecerdasan, beg tangan, biasiswa pendidikan daripada Asian Tourism International (ATI) dan North Borneo University College.

Pertandingan Unduk Ngadau diadakan bagi menyemarakkan semangat pengorbanan Hominodun yang sanggup berkorban demi kesejahteraan masyarakat Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR).

UNK tanpa sempadan tahun ini disertai oleh 44 orang peserta termasuk empat negeri di Semenanjung Malaysia.

Semasa Malam Gala UNK 2022, Sylvernie Belinda (Inanam) dinobat sebagai Tati Topiodo atau Miss Natural Beauty, Anya Kimberly (Paitan) memenangi gelaran Tati Tosuau atau Miss Friendly manakala, Carolyn Tony (Penampang) memenangi gaun malam terbaik dan menerima gelaran Basaan Tinandai Togingo.

Pada tahun ini setiap peserta diminta menghasilkan rakaman video mengenai agro-pelancongan yang dimenangi oleh Flores Curhbert mewakili Kalabakan.

aniqtoday

Recent Posts

Pendaki Gunung Kinabalu, Meninggal Dunia

RANAU: Seorang lelaki meninggal dunia ketika mendaki Gunung Kinabalu, petang tadi. Kejadian dilaporkan berlaku di…

2 hours ago

Stor Diserbu, 15,000 Liter Diesel Bersubsidi Yang Diseleweng Dirampas

BELURAN : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah menumpaskan kegiatan penyelewengan…

2 hours ago

Remaja Hilang Dikhuatiri Lemas Dihanyutkan Kepala Air

KENINGAU: Seorang remaja hilang dan dikhuatiri lemas dihanyutkan kepala air semasa cuba menyeberangi sungai bersama…

12 hours ago

王鸿俊:民兴党可为沙巴带来改革

(山打根1 日讯)民兴党副主席拿督王鸿俊指出,大马政治得一个乱字,远比不上砂拉越本土党的札实,因此沙巴政治版图需作出大改革和借镜,壮大民兴党带领沙巴政治和攻入布城。 他是于昨日受邀担任民兴党山打根区党员大会开幕嘉宾时,致词时这么表示。 他认为,目前联邦及州政府的效绩不能达致人民的要求,除了争权夺利及个人詓程外,根本没月顾及人民感受。我们也强烈观察到,本党主席拿督斯里沙菲益在州议会提出苏禄苏丹后裔动议被两度拒绝,及古打毛律国会议员慕妮拉因为多次要求辩论苏禄扣押国油资产动力失败,而遭国会下议院副议长拉昔逐出国会,这些不公待遇是强权政治,根本不是民主国家应有的政治理念。 也是前任农业及食品部长的王鸿俊指出,在民兴党(希盟)政府执政时,我们欣见燕窝加工下游业在山打根巴都沙比设厂,造就200个就业机会,同时在亚庇各商业中心可见喝燕窝糖水的店铺,可惜这些下游业当今政府不重视,导致一间间地结束营业。 “另外,政府也没有强硬手段对付外国渔船及越南鱼船非法捕鱼及破坏海洋生物,导致影响本地渔业生计,在我担任部长时,在执法机构䢖捕非法渔船作业及充公和提控上法庭定罪后,本人亲手炸毁三艘越南渔船,维护本地人作业利益及杀一敬百,让外国非法渔船止步,保护本地渔船利益。” 王鸿俊指出,民兴党西度西马半岛势力日益壮大,相信在下一届全国大选及沙巴州议会有一番作为攻入布城。 最后,王鸿俊恭喜邱文正以高票蝉联山打根区主席,相信在他能力及经验领导下,民兴党在山打根区1国2州议席成功在望。

12 hours ago

陆路交通局柜台人手不足减低效率 邱文正指浪费民众时间

(山打根4日讯)民兴党山打根区主席邱文正表示,陆路交通局采用电子排队系统,惟柜台人手不足,导致办公效率大大减低,苦了民众。 他表示,陆交局自采用电子排队系统后,民众需在手机下载应用程序,再到柜枱扫二维码才领取轮候号码,这样领牌方式值得鼓励,但办事柜台人手不足尚未解决,令民众白白浪费时间等待。 邱文正是于今日接到一名杨姓民众投诉,他是于日前特向公司申请假期,前往陆交局办理更新路税。 杨某说,他七早八早前往当局排队领号码,获得25号,不是在一楼等待办事,但是在早上9时至10时才轮到前十名民众,主因是只有三个柜台办公,根本应付不来。 邱文正表示,在接近中午才轮到杨某,耗费的时间不少,有些民众若遇到接近下班,需第二天再去拿号码。一些为免麻烦直接付费找代理办事,避免浪费时间。 他表示,陆交局办事处人手不足已不是新鲜事,每次反映后才获得改善,根本没有解决问题,反而还停顿在管制期间的人手办事。 邱文正指出,在亚庇和斗湖陆交局办事处没有类似山打根柜台人手不足问题,为何偏偏根区这种老掉牙问题无法获得解决,任由𠯆民众受苦。 他希望山打根国会议员和里巴兰国会议员,能将山打根陆路交通局的问题提呈予国会,为平民百姓出声,站在他们立场体谅轮候之苦。

12 hours ago

“黑警”调派到东马 邱文正:不尊重人民

(山打根4日讯)加拉敏汀区州议员邱文正对于9名涉嫌敲诈勒索案的“黑警”调派到东马是不公平及不尊重人民。 他今日发文告指出,虽然全国总警长丹斯里艾克里针对此事,立即作出回应会重新检讨决定,但是若果不是沙盟国阵政府首长拿督哈芝芝表态,相信这些“黑警”会留在沙砂执勤。 也是民兴党山打根区主席邱文正表示,希望这些“黑警”不会演变成为政治课题,沙巴拒绝这些涉嫌敲诈勒索案的警察害群之马立场要坚决,不要将这种败坏社会风气的道德观念流入沙巴。 他指出,9名“黑警”调来沙巴只是冰山一角,相信之前由西马各执法部门的公务员也不少,当然我们不能否定各执法员的效率,但希望在本州,最好由本地人出任公务员和执法部官员。 邱文正表示,在民兴党执政时,曾将调往它州的公务员及警察自愿调返沙巴执勤,因为他们了解本土人情和文化,较有一种亲切感。 他希望就此事件,州内阁要设立一个特别小组,专门对从它州调派前来沙巴执勤的公务员作出公平评估和监督,维护沙巴的权益。

12 hours ago