Forum ‘GST Dan Periuk Nasi Kitak Bersama Pakar Ekonomi’ Di Kuching

910

KUCHING: Rise of Sarawak Efforts (ROSE) akan menganjurkan satu forum tentang isu GST dan periuk nasi kita hari ini.

Menurut urucakap penganjur, mereka yang tidak faham tentang apa yang sering diperkatakan oleh pemimpin kita tentang ‘kadar ekonomi negara dalam keadaan baik dan berkembang’ sepatutnya menghadir forum ini.

“Realitinya kamu menghadapi kesukaran dengan kos sara hidup yang sentiasa meningkat, masalah pengangguran semakin banyak, gaji tidak mencukupi,” kata jurucakap itu.

Forum ini akan menampilkan pakar ekonomi yang pernah viral pandangan beliau dan dikenali ‘pakar ekonomi yang memahami jiwa rakyat’ iaitu Dr. Muhammed Abdul Khalid. Seorang lagi pakar ekonomi yang akan bersama pada kali ini ialah saudara Azrul Azwar, pakar yang pernah menjadi mangsa tindakan majikan apabila kaji selidik dan statistik beliau yang dikatakan tidak sealiran dengan kehendak kerajaan.

Sesiapa yang minat bolih luangkan masa anda untuk mengikuti forum ini pada 3hb Mac 2018, 7.15 malam di Ruai Gawai, Hotel Grand Continental, Jalan Ban Hock Kuching. Sebarang pertanyaan boleh hubungi 0163233361.