Flying Doctor Service Disambung : Berita BTtv – 19 Oktober 2019

  • Perkhidmatan doktor udara atau flying doctor service disambung semula.
  • Perlombongan Silika di pulau Balambangan, bakal menjana ribuan peluang pekerjaan dan memacu ekonomi Kudat.
  • Penduduk pulau Balambangan merasa teruja dan gembira dapat bertemu sendiri dengan Ketua Menteri yang turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan penduduk sempena majlis penyerahan asrama harian luar bandar di sekolah kebangsaan Balambangan pagi tadi.
  • Ketua Menteri berkata Sabah berada di landasan tepat membangunkan sektor pelancongan melalui kemasukan lebih banyak pelaburan langsung asing, FDI, yang mencecah sehingga RM4 bilion ringgit sejak lebih setahun lalu.
  • Datuk Seri Mohd. Shafie berkata beliau telah menerima cadangan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes untuk membeli terminal 2 lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu untuk dijadikan terminal tambang murah. Bagaimanapun belum ada kata putus dibuat.
  • Program konvoi motosikal berkuasa besar sempena sambutan Hari Jadi rasmi Yang Dipertua Negeri Sabah akan diperluaskan ke  daerah baharu sebagai destinasi program berkenaan pada tahun hadapan. Ia bagi membolehkan Tun Juhar Mahiruddin mendekati lebih ramai rakyat – Datuk Jaujan Sambakong.
  • Jangan banyak berpolitik, sebaliknya lebihkan berinovasi kata ahli parlimen Penampang merangkap menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking. K atanya rakyat Sabah sebenarnya memiliki daya inovasi yang tinggi. Namun keupayaan berinovasi itu berkurangan apabila terlalu beremosi.
  • Akibat faktor kemiskinan, 3 sekeluarga termasuk kanak kanak berusia 2 tahun di kampung Piasau, Tambunan terpaksa menjadikan sebuah pondok usang atau “sulap” berkeluasan 5 meter persegi sebagai rumah sejak empat bulan lalu. Kini keluarga itu mampu mengukir senyuman apabila nasib mereka dibela kerajaan negeri menerusi tindakan pantas Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony yang meninjau keperitan hidup keluarga itu siang tadi. Datuk Peter turut mengarahkan sebuah rumah dibina segera untuk keluarga itu dan mesti siap dalam tempoh 60 hari.