Fitnah Terhadap Musa Dan Anaknya; Laporan Polis Dibuat Di Sandakan

Haji Otoh Sibik (enam dari kanan) bersama dengan beberapa ketua cawangan Umno Libaran menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat terhadap individu tersebut.
Haji Otoh Sibik (enam dari kanan) bersama dengan beberapa ketua cawangan Umno Libaran menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat terhadap individu tersebut.

SANDAKAN – Satu laporan polis dibuat terhadap individu pemilik akaun media sosial Facebook iaitu Jufazli Shi Ahamad kerana didakwa menyiarkan gambar berbentuk fitnah dan cuba memburuk-burukkan nama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Turut difitnah adalah Ketua Pemuda Umno Negeri, Yamani Hafez Musa, yang merupakan aak kepada Musa.

Laporan polis dibuat oleh Pengerusi MAPIM Sandakan merangkap Ketua Cawangan Umno Taman Fajar, Haji Otoh Sibik Sahak yang diketuai Ketua Cawangan Umno Singgahmata Rancangan Sungai Manila selaku Pegawai Parlimen Libaran, Haidin Osman.

Laporan polis ini telah dibuat di Balai Polis Bandar kelmarin masing-masing oleh Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Daerah Sandakan dan Lembaga Koperasi Mantap Libaran Berhad diikuti beberapa Ketua-ketua Cawangan Umno Bahagian Libaran.

Ia dibuat kerana individu terbabit dikatakan mempunyai niat jahat dan cuba menjatuhkan imej serta reputasi Ketua Menteri dan Ketua Pemuda Negeri.

Dalam kenyataan dimuatnaik menunjukkan gambar Ahli Gerakan Anak Sabah Selamatkan Sabah, Julfazli Shi Ahmad berserta tiga gambar melibatkan tiga orang pemimpin tertinggi negeri ini telah digunakan bagi ‘caption’ tajuk gambar berhubung satu skandal rasuah.

Dalam laporan polis yang dibuat itu, kenyataan dimuatnaik mempunyai niat jahat dan berbau fitnah serta hasutan bagi tujuan menjatuhkan nama baik Ketua Menteri.

Pada masa sama menghasut rakyat negeri ini untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Sabah dan ‘caption’ sengaja disebarkan kepada orang awam melalui media sosial seperti Facebook dan mendapat perhatian daripada orang awam bukan sahaja di Sabah malahan di seluruh negara sekali gus memberikan persepsi buruk kepada kepimpinan tertinggi dan kerajaan negeri ini.