Ewon Setapak Ke Jinjang Pelamin

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Ewon Benedick tinggal setapak ke jinjang pelamin.

Beliau melangsungkan upacara pertunangan dalam satu majlis ringkas tertutup yang dihadiri oleh ahli-ahli keluarga terdekat mengikut tradisi Anak Negeri masyarakat Kadazandusun di sini, hari ini.

Pasangannya, Connie Parantis, merupakan seorang guru dalam bidang pendidikan khas berasal dari Telupid yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu, dikenalinya sejak lima tahun lepas.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang terlibat dalam mempermudahkan acara ini. Juga terima kasih buat ibu tersayang yang telah memberi restu kepada saya dan pasangan. Doakan kami,” katanya dalam kenyatan ringkas.

Menurut Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, majlis resepsi perkahwinan telah ditetapkan pada bulan April tahun hadapan.