Enam Tabligh Dari Indonesia Tiba Di Tawau Dengan Kawalan Pihak Berkuasa

Oleh ARDYHANSAH AMAT
TAWAU: Seramai 18 individu termasuk enam tabligh yang terkandas di Nunukan, Indonesia sejak Selasa lalu, tiba di Terminal Feri Tawau, di sini hari ini.

Difahamkan, kumpulan tersebut bertolak dari Nunukan pada pukul 9.30 pagi tadi menaiki dua bot berasingan dan diiringi dua bot pihak berkuasa iaitu Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Selain kumpulan tabligh yang terkandas sejak Selasa lalu, enam lagi lelaki dewasa juga dipercayai kumpulan tabligh berasingan,  tiga wanita dan tiga kanak-kanak turut tiba di jeti TFT pada pada 10.47 pagi tadi.

Tiga wanita dan kanak-kanak terbabit adalah kumpulan pelancong yang juga terkandas di negara jiran berkenaan selepas kerajaan negeri mengambil keputusan menyekat pergerakan masuk ke Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kumpulan rakyat tempatan yang baru tiba dari Nunukan, Indonesia dibawa menggunakan kenderaan APM menuju ke IPG Kampus Tawau.

Menurut sumber, daripada 18 individu tersebut, sebahagian mereka baru tiba dari Sulawesi ke Nunukan menerusi jalan laut, semalam, sebelum semuanya dibawa masuk ke Tawau, hari ini.

Sebaik tiba di jeti, semua mereka dibawa menggunakan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam (APM) manakala sebuah lori digunakan untuk membawa semua barangan dan beg mereka.

Kumpulan tabligh dan pelancong termasuk tiga wanita dan tiga kanak-kanak ditempatkan di IPG Kampus Tawau bagi tujuan kuarantin dan pemantauan.

itu dihantar ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau tujuan saringan kesihatan, kuarantin dan pemantauan bagi memastikan mereka bebas Covid-19.