Enam Pemimpin Sabah Dilantik Dalam Kabinet Persekutuan

KOTA KINABALU: Dua menteri penuh dan empat timbalan menteri dari Sabah dilantik dalam Kabinet Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diumumkan, di sini petang tadi.

Dua menteri penuh itu adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili dan Menteri Pertanian & Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Untuk jawatan timbalan-timbalan menteri adalah Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Abd Rahim Bakri; Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Arthur Joseph Kurup; Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yassin dan Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Dr Jeffrey G. Kitingan.

Perdana Menteri berkata, pewujudan portfolio Hal Ehwal Sabah dan Sarawak akan membantu menterjemah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ia boleh diterjemah dalam bentuk dasar dan program yang memberi manfaat secara langsung kepada penduduk di negeri Sabah dan Sarawak.

Katanya, pewujudan potfolio itu menunjukkan kerajaan serius untuk menangani isu-isu pembangunan dan kemajian sosioekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak.