Arahan penutupan itu dikeluarkan ketika pemeriksaan mengejut selama empat jam terhadap tempat makan dan hotel di pulau bebas cukai ini Ahad malam.
“Kami mengunjungi dan memeriksa restoran serta tempat makan ini dan mendapati keadaan yang mengecewakan.. tahap kebersihan jauh di bawah tahap sederhana,” katanya kepada Bernama.
“Kami tidak bertolak ansur dengan populariti restoran atau hotel, yang penting ialah piawaian aspek kebersihan yang harus dipatuhi oleh pengendali makanan,” tegasnya.
Dr Ismuni berkata pemeriksaan akan dijalankan secara berkala bagi mempastikan semua kedai makan mematuhi Akta Makanan 1983.
Katanya premis yang diarah tutup perlu melakukan kerja-kerja pemberishan dalam tempoh 14 hari dan boleh beroperasi semula setelah pihaknya berpuas hati dengan tahap kebersihan di premis berkenaan.