
KOTA KINABALU: BN Sabah menurunkan sekurang-kurangnya lima calon yang memiliki pertalian dengan Ketua Menteri sementara Musa Aman pada pilihan raya umum ini.

Musa selaku pengerusi BN Sabah membuat pengumuman calon di Kota Kinabalu hari ini (Khamis).
Musa sendiri akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibunga, manakala adiknya Menteri Luar sementara Anifah Aman mempertahankan kerusi Parlimen Kimanis.
Anak Musa yang juga pengerusi BN Sabah Yamani Hafez akan membuat penampilan pertama apabila dicalonkan di Parlimen Sipitang.

Menantu Musa pula, Mohd Ariffin Mohd Arif – suami kepada anak perempuan tunggalnya – akan
mempertahankan kerusi DUN Membakut.
Besan Musa merangkap Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur sementara, Ghulam Haidar Khan mempertahankan DUN Kawang.
KELUARGA APDAL DAN KELUARGA PAIRIN

‘Politik keluarga’ tidak asing di Negeri di Bawah Bayu itu, malah dalam keadaan tertentu, anggota keluarga bertembung sesama sendiri kerana memilih parti berbeza.
DUN Tambunan dijangka menyaksikan pertembungan tiga beradik yang menganggotai tiga parti politik berlainan.
Penyandang kerusi itu Presiden Parti Bersatu Sabah Joseph Pairin Kitingan kemungkinan akan dicabar dua adiknya, iaitu Presiden Parti Solidariti Tanahairku (STAR) Jeffrey Kitingan dan Crispin Kitingan yang menganggotai Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Di pantai timur Sabah pula, Presiden WARISAN dan penyandang Parlimen Semporna Shafie Apdal akan melihat dua sepupunya mencabar calon partinya di dua DUN dalam Semporna, iaitu Senallang dan Bugaya.
Mereka adalah Nasir Sakaran yang akan mempertahankan Senallang, dan Datuk Razak Sakaran yang dicalonkan di Bugaya.
Sementara itu adik Shafie, Mohd Yusof, kekal di DUN Lahad Datu. – Alyaa Azhar|malaysiakini.com
BACA BERITA PENUH DISINI: –
https://www.malaysiakini.com/news/421674