Elak Dari Membeli Minyak Masak Bersubsidi, Jainab Menasihat Peniaga

minyak2

PENAMPANG – Golongan peniaga termasuk penjaja disaran agar membeli minyak masak dalam tin 17 kilogram, berbanding minyak masak bersubsidi paket satu kilogram (kg).

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata minyak masak dalam tin 17kg lebih sesuai bagi peniaga dan penjaja kerana golongan tersebut mengunakan minyak masak dalam kuantiti yang banyak.

“Penjaja itu sepatutnya tidak boleh beli minyak yang ini jadi saya akan bincang dengan kpdnkk sepatutnya untuk industri untuk penjaja, untuk hotel dorang sepatutnya tidak boleh membeli ini”.

Jainab berkata demikian kepada media massa semasa Program Penjualan Minyak Masak Secara Borong di Tapak Tamu Pekan Telipok.

minyak1Menurutnya, pembelian minyak masak bersubsidi paket satu kilogram dalam kuantiti yang banyak oleh peniaga dan penjaja, antara punca kekurangan bekalan bahan tersebut di negeri ini.

Tindakan itu juga menyebabkan penjualan minyak paket berkenaan dicatu dengan menghadkan pembelian 2 paket bagi setiap pengguna.

Program Penjualan Minyak Masak Secara Borong antara usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membantu pengguna mendapatkan bekalan minyak masak yang agak kurang di pasaran ketika ini.

Dalam program ini, setiap pengguna dibenarkan membeli dua paket minyak satu kilogram pada harga subsidi dua ringgit 50 sen sepaket.

Turut hadir, Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Fredict Katod dan Ketua Unit Kepenggunaan KPMHEP, Lorina Mojinggol.