Eksesais BALANCE MINT 22-2450 berlangsung di Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA), Lahad Datu mulai 9 September sehingga hari ini.
Majlis Penutupan Eksesais disempurnakan oleh Senior Asisten Komisioner (SAC) Mohd Ali Tamby yang mewakili Komander Eastern Command dan Atase Tentera Darat Kedutaan Amerika Syarikat, Kolonel Stephen Browne.
Hadir sama pegawai-pegawai kanan ESSCOM, Pasukan Polis Marin (PPM), Batalion 17 PGA dan Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.
Komander ESSCOM, Deputi Komisioner Hamzah Ahmad, berkata eksesais ini melibatkan seramai 16 orang pegawai dan anggota ESSCOM, PPM dan Batalion 17 PGA Lahad Datu serta 4 orang fasilitator daripada CAT 722 USSOCOM.
tentera (civil-military cooperation – CIMIC) merangkumi interaksi pasukan keselamatan bersama masyarakat.
“Eksesais ini seterusnya menyumbang kepada pengukuhan hubungan serta
persepsi yang positif terhadap pasukan keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Hamzah berkata selain aspek teori, peserta juga dapat mengaplikasikan pengetahuan melalui latihan di lapangan termasuk sebagai medical first responder.
“Secara keseluruhannya, eksesais ini dilaksanakan dengan jayanya mengikut terma rujukan yang telah ditetapkan oleh kedua-dua pihak.
“Penganjuran Eksesais ini secara tidak langsung turut menyumbang terhadap pengukuhan hubungan dan kerjasama dalam bidang keselamatan di antara Malaysia dan Amerika Syarikat,” katanya.