Duta Besar Amerika Syarikat Adakan Kunjungan Hormat Kepada Ketua Menteri

1046
Kamala (kiri) berbincang bersama Mohd Shafie mengenai hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Sabah

KOTA KINABALU: Delegasi Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengadakan Kunjungan Hormat kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal yang menerajui kepimpinan negeri Sabah, di sini pada Jumaat.

Kunjungan yang bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua pihak. Amerika Syarikat dan Sabah masing-masing turut menerima kehadiran pelancong.

Pertemuan yang berlangsung hampir sejam itu diketuai Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia Kamala Shirin Lakhdhir.

Selepas menerima kunjungan hormat Kedutaan Amerika Syarikat, Mohd Shafie turut menerima kunjungan daripada rombongan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cawangan Sabah yang diketuai oleh Pengarah SPR Rohiman Rahia.