Dua Wanita Mengandung Antara Lima Kes Denggi Terbaharu Di Lahad Datu

STANLEY CHIN

LAHAD DATU: Dua wanita mengandung antara lima kes denggi terbaharu berlaku di Kampung Sharif dekat sini

Kes ini dikesan pada ibu mengandung berumur 34 dan 40 tahun, dua pelajar sekolah perempuan berumur 12 dan 10 tahun serta seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun.

Stanley Chin Yat Min, pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sabah di Lahad Datu, berkata hanya empat pesakit masih menerima rawatan di Hospital Lahad Datu

Dalam kenyataan di sini hari Rabu, Chin berkata pemeriksaan di lokaliti Kampung Sharif mendapati sampah sarap yang tidak terkawal menjadi punca lima tempat pembiakan jentik-jentik di kampung itu.

Sejak bulan Januari tahun ini sehingga hari Selasa, Lahad Datu merekodkan 113 kes denggi.

Chin menasihatkan masyarakat supaya menjaga kebersihan kawasan kediaman masing-masing dan mengelak pembuangan sampah merata-rata sehingga mengakibatkan terdapat takungan air yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.