DUA PREMIS KEDIAMAN, SATU TINGKAT BANGUNAN JALANI PROSES DISINFEKSI DI LABUAN

UTC Labuan

LABUAN, 13 Mac — Dua premis kediaman dan satu tingkat di Bangunan UTC di pulau bebas cukai sini kini sedang menjalani proses disinfeksi oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Labuan.

Kerja-kerja disinfeksi ini adalah berikutan adanya jemaah tabligh didapati positif koronavirus (COVID-19) seperti di Brunei dan Tawau, Sabah, selain (disinfeksi) untuk pencegahan penyakit.

Dalam satu kenyataan pagi ini, CPRC menjelaskan hanya dua kediaman yang didiami oleh jemaah tabligh itu yang akan didisinfeksi manakala satu tingkat di bangunan berkenaan akan dikosongkan bermula pagi ini untuk tujuan yang sama.

Pengesahan berhubung samada ada Jemaah tabligh dari Labuan didapati positif COVID-19 hanya akan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh yang demikian, CPRC Labuan menasihatkan warga Labuan agar tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung kerja-kerja disinfeksi ini dan tindakan undang-undang akan diambil sekiranya didapati spekukasli-spekulasi yang dikeluarkan menyebabkan gangguan ketenteraman umum.

CPRC Labuan juga berkata lebih kurang 40 lebih orang dari Labuan yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur dari 27 Feb hingga 1 Mac lepas, sebilangan besarnya telah melakukan proses pemeriksaan saringan dan selebihnya sedang dikesan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Labuan