Dua Pemimpin Majlis Belia Labuan Disenarai Dalam Barisan Kepimpinan MBWP

54

LABUAN: Dua pemimpin dari Majlis Belia Labuan (MBL) berjaya mendapat tempat dalam kepemimpinan Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) bagi sesi kali 2019-2020.

Presiden MBL, Rezuan Nawawi berkata, kedua mereka dipilih semasa Majlis Persidangan Agung Tahunan MBWP Kali Ke-24 yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka di sini pada 28 hingga 29 September lalu.

Dua calon daripada MBL yang berjaya mendapat tempat ialah Mohd Rohaizad Jahidi sebagai ahli exco MBWP dan Emizilianah Kamil sebagai pemeriksa kira-kira.

Rohaizad merupakan penolong setiausaha MBL manakala Emizilianah adalah naib 1 presiden MBL.

“MBL mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan baru MBWP yang telah dipilih dan harapan selepas ini, MBWP akan terus berusaha untuk membantu golongan belia dan mengekalkan semangat perpaduan antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi jawatan secara lantikan naib presiden (kouta MBL), pihaknya akan menghantar nama kepada MBWP secepat mungkin untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.