Dua Palauh, 40kg Ikan Dibom Dirampas – Polis Marin

62
Dua lelaki palauh yang ditahan kerana disyaki tangkap ikan menggunakan bahan letupan.

SEMPORNA: Dua lelaki palauh ditahan bersama 40kg ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan (bom ikan) di perairan Semporna, di sini pada malam Selasa.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, tangkapan yang dilakukan pada 8 malam Selasa itu dilakukan melalui operasi ‘Op Pensura’.

Beliau berkata, juragan bot pam dan kru nelayan berbangsa palauh berusia 40-an itu berasal dari Kampung Halo, Semporna.

“Ketika ditahan dan diperiksa dalak ruangan perahu itu terdapat pelbagai jenis ikan dianggarkan kira-kira 40kg yang disyaki ditangkap menggunakan bahan letupan iaitu bom ikan.

“Tangkapan dan rampasan yang dianggarkan bernilai RM5,210 itu dibawa ke pangkalan markas Operasi PPM Semporna untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Rabu.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyeb 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 yang menperuntukkan denda maksimum RM20,000 dan penjara sehingga dua tahun, jika sabit kesalahan.