Dua Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh di Penampang

KOTA KINABALU: Dua mangsa maut manakala, tiga individu termasuk seorang bayi terselamat dalam kejadian tanah runtuh yang berlaku di kuarters pekerja pembinaan Forest Hill, Penampang petang tadi.

Penolong Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Misran Bisara berkata, kejadian berlaku kira-kira 4 petang tadi dan kedua-dua mangsa tanah runtuh itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa yang mempunyai pertalian keluarga itu dikenali sebagai Salmah Hamid,25, dan Rosatima Asbirin,5.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tanah runtuh pada 4 petang tadi dan sekumpulan pegawai dan anggota JBPM digerakkan ke lokasi kejadian.

Apabila tiba di lokasi, dua daripada enam mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Mangsa yang terselamat ialah Juliana Zulazmil,1, bersama adiknya Dayana Zulazmil berusia lapan bulan serta Risdah Jabin, 22, dan Norsirah Asbirin,3.