Dua Kertas Siasatan Dibuka Pergaduhan Pelajar

KOTA KINABALU: Sebanyak dua kertas siasatan dibuka bagi menyiasat video tular membabitkan pergaduhan beberapa pelajar di sebuah sekolah di daerah ini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, pihaknya menerima dua laporan polis mengenai pergaduhan pelajar itu pada 17 Januari lalu.

Beliau berkata, rakaman video kedua-dua insiden itu telah tular dalam laman media sosial.

Justeru, dua kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan dengan sengaja mendatangan kecederaan.

Jelasnya, pihak polis tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku jenayah dalam kalangan pelajar termasuk kes mendatangkan cedera dan juga kes buli,” katanya.