DSSA Semestinya Berusaha Untuk Memastikan Semua Janji2 Pilihanraya

MOHD SHAFIE APDAL

Oleh SAIFULLAH MINGGU
KOMEN: YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal (DSSA) sebagai Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Warisan Sabah melihat perjuangan autonomi penuh Sabah yang tidak berpaksi telunjuk pentadbiran persekutuan adalah sesuatu yang perlu jika Sabah ingin membangun ke hadapan selari dengan aspirasi penubuhan Parti Warisan Sabah – negeri berautonomi dan pelaksanaan hak Sabah dalam MA63.

Beliau melihat Sabah perlu memilih cara sendiri bagi mengendalikan pentadbiran diperingkat negeri dan tidak perlu meniru gaya pelaksanaan polisi kerajaan diperingkat Persekutuan, mengapa tidak ada mempersoalkan YAB Menteri Besar Selangor apabila beliau seorang menteri besar dalam masa yang sama memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan selangor aka menteri kewangan selangor?

Please don’t teach how we Sabahans need to do what best for us. We’ll decide on our own.

SAIFULLAH MINGGU

2. Keperluan portfolio Menteri Kewangan Sabah sebenarnya adalah bagi memudahkan YAB DSSA membuat penilaian dengan lebih teliti, terperinci terhadap masalah fiskal menyeluruh yang dihadapi oleh kerajaan negeri ketika ini terutama melibatkan hutang-hutang kerajaan negeri dan yang ditanggung oleh kerajaan negeri.

Dalam keadaan sebegini, rakyat sabah serta pimpinan Warisan + PH memilih seorang individu yang memiliki pengalaman luas untuk menyelesaikan kemelut akibat kerasukan regim lama yang telah memporak peranda seluruh pentadbiran negeri.

3. Keperluan ini juga adalah bagi membolehkan YAB DSSA membuat semakan menyeluruh dan seterusnya mengeluarkan keputusan tepat berkaitan isu kontrak lantikan syarikat2 konsesi negeri yang telah berkuasa sejak zaman Musa lagi.

Autoriti ini pun hanya dimiliki oleh MOF negeri maka atas dasar itulah YAB Ketua Menteri perlu memegang jawatan MOF bagi tujuan untuk memulih, menstabilkan semula keadaan urus tadbir kewangan negeri daripada kondisi masalah aliran tunai yang kini ditahap membimbangkan.

Samalah keadaannya apabila rakyat Malaysia harus memilih seorang Perdana Menteri berumur 93 tahun walaupun sebenarnya PH memiliki calon lain yang lebih muda serta berkelayakan. Persoalannya, ini adalah waktu dimana kita lebih memerlukan seorang yang berpengalaman dan bukannya faktor monopoli kuasa.

4. Akhir sekali, seperti parti politik lain Warisan juga is ‘manifesto- bound’.

YAB DSSA selaku Presiden Parti Warisan Sabah perlu ada accountability terhadap janji-janji pilihanraya Warisan semasa PRU-14 lalu. Perlu di ingat, tidak seperti PH, Warisan tidak pernah menyenaraikan keperluan untuk seorang Ketua Menteri bebas dari sebarang portfolio dalam manifestonya.

Antara langkah ke arah memenuhi janji2 tersebut, seorang ketua kerajaan pastinya memerlukan autonomi kewangan dan perancangan belanjawan pembangunan yang terletak dibawah rang undang-undang perbekalan negeri dibawah kuasa seorang Menteri Kewangan.

YAB DSSA semestinya berusaha untuk memastikan kesemua janji2 pilihanraya berkaitan pembangunan Sabah terlaksana sebelum menjelang PRU-15.

5. Berdasarkan penyataan di atas, saya selaku anak muda kelahiran Sabah dengan ini menyatakan sokongan penuh saya kepada YAB DSSA untuk beliau terus memegang jawatan Menteri Kewangan Sabah.

Saya yakin cara pentadbiran dan implementasi dasar YAB DSSA jauh lebih baik, transparen, telus berbanding pihak yang lama, tak kenal maka tak cinta! Marilah kita bagi peluang kepada beliau untuk membuktikan bahawa Shafie is not Musa! & For Sure Shafie is way more better than Musa!!!

Saifullah Minggu ialah Presiden Pertubuhan Angkatan Bersatu Pewaris Sabah (Pewarsa) dan seorang penulis bebas