Dr. Mahathir Kembali Jawat Pengerusi Bersatu

TUN MAHATHIR

Oleh AZIS KHAN
KOTA KINABALU: PERDANA Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad menerima kembali jawatan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), hari ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya seperti dilaporkan Harian Metro.

“Perkembangan lain akan dimaklumkan nanti,” kata Marzuki di Kuala Lumpur.

Isnin lalu, selain meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, Dr Mahathir turut melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Bersatu.

Kenyataan rasmi mengenainya dikeluarkan Pejabat Pengerusi Bersatu dan peletakan jawatan beliau dalam parti itu berkuat kuasa serta-merta.