Dr. Mahathir Dakwa Ada Majoriti Bentuk Kerajaan

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Perdana Menteri Interim, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beliau mempunyai angka mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

Beliau berkata, jumlah itu diperoleh selepas pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) hari ini.

“Saya yakin bahawa saya mempunyai bilangan yang diperlukan untuk mendapatkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

“Oleh itu, saya bersedia untuk menjadi calon Perdana Menteri.

“Keputusan ini akan disampaikan kepada Yang Di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan.

PH dalam kenyataan berasingan pagi ini turut menyatakan sokongan kepada Dr. Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri.