Dokumen Peribadi! ‘Tidak Ada Sokongan Dikeluarkan Daripada Saya’

5764

Oleh MOHD AZIS JAMMAN
KENYATAAN: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar tidak mengeluarkan sebarang sokongan kepada permohonan IMM13, MYPR dan MYKAS seperti didakwa oleh pihak tertentu. Sebarang permohonan harus mengikut proses undang-undang dan perlembagaan negara.

2. Saya mengambil maklum berhubung sebuah syarikat menyediakan perkhidmatan menaip dan memberi akuan bersumpah yang mengambil kesempatan dengan memanipulasi pemegang IMM13, MYPR dan MYKAS kononnya mereka boleh mendapatkan sokongan daripada saya.

3. Laporan mengenai kegiatan syarikat tersebut sudah saya terima dan saya juga sudah mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap pihak syarikat serta individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut.

AZIS JAMMAN

4. Tindakan sudah diambil dengan kadar segera apabila pihak polis sudah menangkap dan menahan reman beberapa individu daripada syarikat tersebut yang mengambil kesempatan menggunakan nama saya untuk mengaut keuntungan.

5. Hampir setiap hari orang ramai datang untuk membuat aduan di Pusat Khidmat Rakyat saya dan sesuai dengan peranannya membantu rakyat maka tidak wajar untuk menyekat daripada orang ramai datang bagi mengadu mahu pun menghantar permohonan.

6. Bagaimanapun ingin ditegaskan disini tidak ada sokongan dikeluarkan daripada saya mahu pun daripada pejabat saya.

7. Kakitangan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepanggar hanya mengumpul permohonan dihantar dan mereka juga tidak terlibat dalam kegiatan mengeluarkan sokongan seperti didakwa.

• Datuk Mohd Azis Jamman ialah Ahli Parlimen Sepanggar merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri