Dewan Bandaraya KK Tanguh Kenaikan Yuran Kaki Lima

242

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menangguhkan dengan serta merta kenaikan Yuran Permit kaki lima dan ruang legar yang dikuatkuasakan pada 15 Ogos 2018.

Oleh itu, kadar permit kaki lima dan ruang legar kekal pada kadar RM 0.50 untuk penggunaan kaki lima dan RM1 untuk penggunaan ruang legar.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Nordin Siman memaklumkan perkara itu menerusi satu kenyataan akhbar, di sini pada Khamis.

Dengan penangguhan itu, peniaga yang telah membuat pembayaran sebelum ini akan diberi penyelarasan dan bayaran lebihan akan dikreditkan untuk pembaharuan permit pada masa akan datang.

Nordin Siman

Bagi sebarang keterangan lanjut, pelanggan boleh menghubungi Jabatan Pelesenan DBKK di talian 088 521800.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hing melahirkan ucapan penghargaan atas pertimbangan yang diberikan Mayor bnaharu dalam menangguhkan kenaikan yuran permit berkenaan yang berkuatkuasa serta-merta.

“Ia satu usaha yang baik oleh Datuk Nordin yang baharu dilantik sebagai Mayor. Ini adalah hadiah Tahun Baharu buat peniaga dan warga bandaraya Kota Kinabalu,” ujarnya.