DBKK Pelawa Penyertaan Orang Ramai Untuk Periksa Draf Pelan Tempatan

914
TAED ialah pembangunan tebingan (waterfront) bersepadu mesra alam seluas 348 hektar
TAED ialah pembangunan tebingan (waterfront) bersepadu mesra alam seluas 348 hektar di Tanjung Aru.
Yeo Boon Hai
Yeo Boon Hai

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengalu-alukan penyertaan orang ramai untuk memeriksa dan mengemukakan cadangan mengenai draf pelan tempatan Eko Pembangunan Tanjung (TAED).

Datuk Bandar Datuk Yeo Boon Hai berkata pemeriksaan awam draf akan diadakan di Bilik Mesyuarat DBKK selama tiga bulan, bermula dari 10 Nov, 2016 hingga 10 Feb, 2017.

Beliau berkata draf pelan tempatan itu perlu menjalani proses Ordinan Perancangan Bandar dan Desa (Cap 141 Sabah) sebelum ia diwartakan sebagai skim yang diluluskan.

“Tanjung Aru Eco Development Sdn Bhd telah mengemukakan pelan induk dan juga laporan kepada DBKK yang agak menyeluruh dan terperinci, dan laporan itu boleh diperiksa oleh orang ramai,” katanya pada sidang media di sini hari Isnin.

tupper4

Yeo berkata orang ramai boleh mengemukakan komen dan maklum balas melalui borang bantahan atau cadangan , yang disedaiakan di DBKK semasa waktu operasi, dari 9 pagi hingga 4.30 petang dari Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.

“Kami benar-benar menghargai penyertaan orang ramai dalam pemeriksaan (draf pelan tempatan) ini dan berjanji untuk memastikan draf itu memberi manfaat kepada pengunjung dan penduduk Kota Kinabalu.

Yeo berkata, orang ramai itu boleh menaruh harapan dan jaminan bahawa Tanjung Aru Beach dan Prince Philip Park kekal sebagai ruang awam untuk semua generasi akan datang menikmatinya.

TAED ialah pembangunan tebingan (waterfront) bersepadu mesra alam seluas 348 hektar, yang antara objektifnya, ialah untuk mewujudkan sebuah destinasi tebingan bertaraf dunia; menyediakan persekitaran yang selamat, bersih, dan boleh diakses; dan menjadikan Sabah sebagai destinasi utama pelancongan.

Pembangunannya akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama dijangka bermula pada Mac tahun depan membabitkan revitalisasi pantai Tanjung Aru sepanjang 1.35 km serta memberi nafas baharu kepada Prince Philip Park.