Darell Selesai Tunai Tanggungjawab Mengundi Di SK Sugud

Oleh JENNIFER TUGUNG MICHAEL
PENAMPANG: Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Moyog, Datuk Darell Leiking tiba di pusat mengundi, Sekolah Kebangsaan Sugud pada pukul 9.05 pagi tadi.

Beliau ditemani isteri Jennifer Jongiji.

Apabila ditemui, Darell berkata, beliau tidak boleh terlalu yakin sebaliknya mengajak orang ramai untuk berdoa agar Warisan Plus berjaya.

“Kita tidak boleh terlalu yakin, kita harus berdoa agar kita berjaya. Saya harapkan semua yang terbaik kepada rakan-rakan kita yang bertanding hari ini,”katanya.

Kerusi DUN Moyog mempunyai sebanyak 19,465 pengundi berdaftar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Darell yang bertanding bagi kerusi Parlimen Penampang menang sebanyak 32,470 undi menewaskan sepupunya, Ceasar Mandela Malakun daripada Barisan Nasional (BN).