DAPSY Pensiangan – Membawa Mesej Suara Masa Depan Demokrasi

1283

Oleh FREDOLINE LINUS
SOOK: DAPSY (Pemuda Sosialis DAP) mendekati belia menerusi program sukan demokrasi.

Dengan tema Suara Masa Depan Demokrasi, DAPSY mengajak belia untuk berkumpul dan menjalankan aktiviti sukan bersama.

Ketua DAPSY Pensiangan Bodrick Paunus berkata program yang telah diadakan dibeberapa mukim di Pensiangan, mendapat sambutan yang sangat mengalakkan. Malah program ini bukan sahaja disertai oleh para belia,tetapi juga menarik banyak penyertaan komuniti dari kampung berdekatan.

Bersesuaian dengan kehendak belia masa kini yang inginkan perubahan, jelajah Sukan Demokrasi DAPSY dilaksanakan dengan harapan untuk mencapai Misi Suara Masa Depan Demokrasi dikalangan belia.

Objektif program ini ialah memberi kefahaman kepada belia muda mengenai hak bersuara dan memilih tanpa kongkongan daripada pihak-pihak tertentu.

“Setiap belia secara tidak langsung akan dapat memahami tentang hak mereka kerana program ini juga membawa mesej ‘Belia Bijak Pilihan Raya’,” katanya.

Penyelaras DAP Sook – Pensiangan Adrian Lasimbang merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah berkata, penganjuran program DAPSY itu dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni dan mengeratkan hubungan semua khususnya dalam kalangan golongan Belia (Generasi Y).

“Penganjuran program ini membuktikan Kemampuan DAPSY menyatukan semua belia dipendalaman khususnya dikawasan Pensiangan,”katanya.

Seramai 60 orang belia dari empat buah kampung telah mengambil bahagian dalam perlawanan persahabatan bola sepak dan bola tampar yang dianjurkan DAPSY Pensiangan. Turut dibuka semasa program, kaunter semakan undi.