DAP Tidak Mengira Bangsa, Kaum Atau Agama Untuk Membantu Masyarakat

1530
Jimmy Wong, di apit oleh Lasimbang dan Jufazli mendengar aduan penduduk Kampung Numbak, Sepanggar. – Gambar Kee Helmey Kee Yahya

Oleh KEE HELMEY KEE YAHYA
SEPANGGAR: Perpaduan dan permuafakatan antara kaum tidak mengira agama menjadi nilai terapan yang diamalkan oleh DAP, terutama dalam bulan Ramadan.

Ini dibuktikan oleh sumbangan yang tidak putus putus di berikan oleh DAP Kota Kinabalu melalui Ahli Parlimennya, Jimmy Wong, sewaktu menyerahkan 300 keping papan untuk pembaikan surau serta jambatan di Kampung Numbak, dekat sini.

Katanya Jimmy, DAP tidak mengira bangsa, kaum atau agama, dalam usaha membantu masyarakat yang mengalami kesusahan.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong, topi putih, dan pemimpin DAP yang lain dengan penduduk Kampung Numbak didepan surau kampung tersebut.

Justeru beliau sangat berbangga dengan amalan rakyat sabah, yang tidak terlalu terikut-ikut dengan fahaman agama yang terlampau seperti yang disetengah-setengah negeri.

“Sabah seharusnya menjadi contoh kepada negeri lain yang tidak terlalu taksub pada sesuatu fahaman sehinggakan terpaksa menolak nilai nilai permuafakatan sesama sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, Jimmy turut mengumumkan sumbangan sebanyak enam buah kipas dinding untuk sebuah surau di kampung berkenaan bagi kegunaan penduduk untuk kesenangan menjalani ibadah sepanjang bulan ramadan yang mulia ini.

Turut hadir pada lawatan tersebut adalah Penyelaras DAP Pensiangan, Adrian Lasimbang, Penyelaras DAP Putatan, Tan Lee Fat dan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jufazly Shi Ahmad.