DAP Sarawak Sokong Shafie Sebagai PM

Oleh PEMBERITA BORNEOTODAY

KUCHING: DAP Sarawak menyatakan sokongan sebulat suara kepada cadangan menjadikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal, sebagai calon Perdana Menteri negara ini, bagi pihak pembangkang.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata, Shafie layak dicalonkan untuk memegang jawatan tertinggi negara itu sebagai perdana menteri.

“Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pilihan pertama Pakatan Harapan, di mana ia memiliki 91 dari 109 Ahli Parlimen (MP), namun mesti ada tarikh akhir yang ditetapkan baginya untuk mendapat sokongan ahli parlimen tambahan untuk melepasi jumlah majoriti 112 yang diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selepas tarikh akhir itu, Shafie harus diberi peluang untuk membuktikan dirinya. Mengenai calon perdana menteri untuk pihak pembangkang, kami berada di halaman yang sama dengan rakan sejawat kami di Sabah, Chong berkata.

Masalah utama sekarang katanya, ialah siapa di antara kedua-dua calon itu yang boleh mendapatkan sokongan ahli parlimen tambahan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Datuk Seri Shafie Apdal

“Ini penting kerana negara tidak mahu PN yang dipimpin PAS dan Umno terus memerintah dan mencetuskan kerosakan kepada negara ini,” tambahnya.

Chong berkata, ketika mereka menghormati pengesahan presiden PKR oleh majlis presiden Pakatan Harapan (PH) itu sebagai calon perdana menteri, mereka yakin Shafie tetap menjadi faktor penting dalam politik nasional.

Katanya, selepas majlis itu menyatakan sokongan terhadap Anwar pada 13 Julai, jumlah MP yang menyokong untuk menerajui kerusi itu hanya 109, walaupun dengan sokongan bekas Ahli Parlimen dari Bersatu dan Warisan. Jumlah ini kurang daripada 112 yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

“Jika digabungkan ahli parlimen PH, bekas MP daripada Bersatu, Warisan dan Parti Sarawak Bersatu jumlahnya hanya 109 ahli untuk memilih dua calon untuk satu jawatan perdana menteri.”

Chong berkata, jika Shafie menjadi perdana menteri, beliau akan memecahkan kemelut beracun politik perkauman dan agama yang sudah terlalu lama menjerat politik nasional negara.

“Ini juga akan menghasilkan prinsip inklusif yang lebih baik yang sebelum ini tidak dirasakan oleh penduduk Borneo, terutama dalam hal-hal hubungan persekutuan dan negeri.

“Lebih penting ialah, Shafie sudah menunjukkan pendiriannya yang konsisten dalam memerangi rasuah dan kleptokrasi. Beliau juga memilih untuk tetap setia kepada mandat yang diberikan oleh rakyat walaupun ditawarkan untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan PN sekarang atau dengan kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata. memiliki perdana menteri dari Malaysia Timur juga akan membantu penduduk di sana untuk bergerak melangkaui politik lama dan membantu membentuk negara baru yang harmoni antara kaum dan inklusif dalam aspek pembangunan.

“Kami percaya sudah tiba masanya orang Malaysia Timur berada di barisan hadapan untuk mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih progresif dengan membangun ‘Malaysia Baru untuk semua’ yang kita semua mahu capai,” katanya.

Chong berkata, sejak empat bulan terakhir ini Malaysia kini kembali kepada pemerintahan kleptokratik lama BN.

Dalam masa yang begitu singkat, sejak PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin memerintah, negara ini menyaksikan ramai yang terbabit dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram bernilai jutaan ringgit dan membelanja wang rakyat secara boros bebas daripada pendakwaan.

Negara juga menyaksikan kemusnahan kebebasan parlimen.

Selain itu katanya, dalam masa yang sama penindasan kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara serta penyalahgunaan kedudukan agensi kerajaan untuk keuntungan politik juga berleluasa.

“Sebagai rakyat Malaysia Timur, tidak ada alasan kita tidak menyokong sesama rakyat Malaysia Timur iaitu Shafie sebagai per…