DAP Sabah Berjaya Kutip RM200,000 Bantu Pesakit Kanser

KOTA KINABALU: Usaha mengumpul dana bagi membantu membiayai perbelanjaan rawatan pesakit kanser berjaya mengumpul RM200,000 dalam tempoh dua hari.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Phoong Jin Zhe berkata, dalam tempoh dua hari sahaja mereka berjaya mengutip RM200,000 bagi membantu pesakit kanser dikenali sebagai Tong.

Kutipan dana itu disalurkan terus ke akaun suaminya bagi membolehkan keluarga mereka membayar kos rawatan perubatan yang perlu dilakukan oleh Tong.

Semasa lawatan ke rumah mereka semalam, Tong kelihatan positif untuk meneruskan rawatan kimoterapi sebelum menjalani immunotherahy, Pembrolizumab seperti dinasihatkan oleh doktor.

Jin Zhe berkata, bantuan dana yang dikumpulkan membolehkan Tong meneruskan rawatan perubatannya tanpa perlu memikirkan masalah kewangan yang dihadapi keluarganya.

Tong yang merupakan ibu kepada dua anak ini disahkan menghidap kanser limpofa pada tahun lepas.

Sejak itu, beliau menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi namun, kesan rawatan itu sangat perlahan hingga membuatkan dia hanya boleh meminum susu sahaja setiap hari.

Oleh itu, atas nasihat doktor, dia perlu menjalani rawatan Pembrolizumab yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.

Ends.