DAP Mahu Dr. Mahathir Jadi PM Semula

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: DAP mengutuk perbuatan khianat pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang cuba menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang bagi menggantikan kerajaan sedia ada.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kerana tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

“Saya sudah jumpa Tun pagi tadi di kediamannya dan terkejut apabila dimaklumkan niatnya untuk meletakkan jawatan.

“Saya juga mahu mengesahkan laporan The Edge ‘Dr M quits as he does not want to work with UMNO’ di mana Tun Dr Mahathir dengan jelas menyatakan pendirian tidak boleh bekerja dengan UMNO dan berjaya menolak parti itu sepenuhnya melalui Pilihan Raya Umum 2018,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Sementara itu, Dr. Mahathir dijangka berjumpa dengan Yang Di-Pertuan Agong petang ini untuk membincangkan hala tuju kerajaan.

Laporan lanjut akan dikeluarkan oleh Borneo Today selepas ini.