DAP Bohong Besar; Taktik Bagi Menanamkan Rasa Kebencian Kepada Kerajaan

Satu lawatan ke Kampung Mempisas, Mukim Lanas oleh ADUN Soon, Datuk Ellron Alfred Angin.
Satu lawatan ke Kampung Mempisas, Mukim Lanas oleh ADUN Sook, Datuk Ellron Alfred Angin.

KENINGAU – Pemimpin akar umbi di Mukim Lanas menyelar DAP sebagai pembohong besar dengan kenyataan yang mengelirukan.

Kenyataan DAP itu dibuat oleh Ahli Parlimen Sandakan dibidas berkaitan dengan bekalan elektrik menafikan usaha pemimpin di kawasan Pensiangan.

Tuduhan DAP tidak berasas sebaliknya bekalan tenaga elektrik di Sook telah beroperasi. Pertenagaan talian itu melibatkan Tulid-Sinua.

Pemaju Mukim bagi Mukim Lanas Alex @ Ismail Amit berkata tuduhan DAP kononnya tiada bekalan elektrik di kawasan berhampiran Sinua adalah satu pembohongan yang cuba dibawa oleh parti tersebut untuk mengelirukan rakyat bagi menanamkan rasa kebencian kepada kerajaan.

Alex @ Ismail Amit
Alex @ Ismail Amit

“Saya ingin menjelaskan kedudukan sebenarnya bahawa bekalan elektrik telah dibekalkan dan dinikmati oleh penduduk di Mukim Lanas, seperti yang diterangkan oleh SESB dalam satu taklimat yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Pensiangan,” kata Alex.

Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Mukim Lanas, Jining Lakang yang menetap di Kampung Sinaron berkata, tuduhan tidak berasas dilontarkan kepada kawasan kami, sedangkan penduduk yang duduk dan tinggal di kawasan ini lebih mengetahui situasi sebenar.

Kata Jining, difahamkan isu yang ditimbulkan adalah ekoran masih terdapat sebilangan kecil keluarga yang belum membuat penyambungan elektrik kerana kelewatan pengurusan pemasangan meter elektrik ke rumah mereka dan bukannya ketiadaan bekalan elektrik.

Kata Jining, penduduk sembilan buah kampung di mukim Lanas tidak mahu DAP membuat pembohongan mengenai isu tiada bekalan elektrik di kawasan ini. Penduduk kampung dalam mukim Lanas tidak memerlukan perkhidmatan DAP.

Kawasan Mukim Lanas telah banyak dibangunkan oleh PBRS- BN .

WKAN Jining Lakang
WKAN Jining Lakang

“Biarlah DAP tumpukan politik mereka di semananjung. Rakyat di Mukim Lanas tidak dapat menerima pendekatan DAP yang mengada-adakan isu , berbohong kepada rakyat sebagai publisti murahan,” kata Jining.

Rakyat di kawasan Parlimen menolak politik sempit DAP yang sentiasa mencari keburukan dan kesalahan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa dekat dengan masyarakat. PBRS adalah tonggak utama BN di Pensiangan sentiasa menerima teguran yang membina demi kesejahteraan rakyat.

Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Towok Tatui yang menetap di Kampung Tuawon berkata sebaiknya Ahli Parlimen Sandakan beri fokus kepada kawasan beliau yang amat memerlukan khidmat beliau sebagai wakil rakyat yang dipilih.

Towok yang juga Ketua cawangan PBRS Kg.Tuawon berkata, masyarakat Mukim Lanas meminta Ahli Parlimen Sandakan meminta maaf secara terbuka atas kenyataan pembohongan yang disebarkan sehingga mengelirukan dan mensasarkan seolah pemimpin BN gagal menjaga pembangunan di kawasan Parlimen Pensiangan khususnya Mukim Lanas.

Tambahnya, Rakyat khususnya Mukim Lanas amat berterima kasih kasih kepada kerajaan kerana jalan raya aspal dari daerah kecil Sook hingga ke Kampung Sinua telah memberi impak besar kepada sosio ekonomi penduduk dan dalam masa yang sama bekalan elektrik telah dinikmati. Memang banyak lagi pembangunan yang telah dan akan dinikmati oleh rakyat dibawan kepimpinan PBRS – BN.