COVID: Kes Baharu Rekod 5,218 Hari Ini

KUALA LUMPUR: Kes baharu COVID-19 di negara ini terus mencatat penurunan dalam tempoh 24 jam lepas dengan merekodkan 5,218 kes berbanding 5,586 semalam.

Menerusi perkongsian di laman Twitter hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Malaysia setakat ini berjumlah 739,266 kes.

Beliau berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,989 kes, diikuti Negeri Sembilan (629), Kuala Lumpur (469), Sarawak (409), Perak (400), Sabah (258), Johor (243), Kedah (194), Melaka (183) dan Pahang (111).

Sejumlah 108 kes pula direkodkan di Labuan, Kelantan (101), Pulau Pinang (88), Terengganu (23), Putrajaya (lapan) dan Perlis (lima).