Dr Noor Hisham menerusi hantaran dalam laman Twitter memaklumkan, bilangan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,320,547.
Selangor kekal penyumbang kes tertinggi dengan 6,921 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,065), Johor (1,693), Kedah (1,534), Sabah (1,514) dan Pulau Pinang (1,385).
Kelantan pula merekodkan 1,284 kes, Negeri Sembilan (1,015), Perak (828), Melaka (636), Sarawak (634), Terengganu (613), Pahang (585), Putrajaya (41), Perlis (29) dan Labuan (3).