Covid-19: Tiada kes Baharu Tiga Hari Berturut-Turut Di Sabah

Oleh JENNIFER TUGUNG MICHAEL
KOTA KINABALU: Sabah merekodkan sifar kes positif Covid-19 selama tiga hari berturut-turut sejak Khamis lalu.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon berkata, jumlah keseluruhan kes positif di negeri ini kekal sebanyak 415 kes.

Menurutnya, Sabah tidak mencatat sebarang kes pulih termasuklah kes maut akibat jangkitan wabak berkenaan.

Setakat ini, bilangan kes yang masih dirawat di hospital berpakar di seluruh Sabah turut kekal 17 kes.

Sementara itu, sebanyak 20 kes baharu dilaporkan di negara hari ini melibatkan 23 kes tempatan dan tiga kes import.

Sehingga kini, Malaysia mencatatkan sebanyak 9,175 kes positif Covid-19 secara keseluruhan.

Tiada kes kematian berkaitan virus itu dilaporkan hari ini, justeru jumlah keseluruhan kes maut kekal 125 kes.