Pengimbas berteknologi canggih itu mampu mengesan sejauh 20 meter, merekod dan menghasilkan analisis dan imej corak suhu permukaan kulit (haba badan/radang) sebagai gambaran fisiologi manusia yang normal atau tidak.
Pengarahnya, Dr Ismuni Bohari berkata terminal itu dipilih kerana peranannya sebagai pintu masuk utama pelepasan pelawat tempatan dan luar negara dari Kota Kinabalu dan Brunei.
Mesin ini sebagai sokongan kepada staf perubatan kami untuk menjalankan saringan dengan lebih berkesan selain daripada mengurangkan risiko,” katanya kepada pemberita selepas pemasangan pengimbas berkenaan di terminal itu hari ini.
Sebelum ini, kakitangan Jabatan Kesihatan menggunakan pengimbas termometer bergerak di terminal feri itu dalam melakukan saringan ke atas penumpang.
Sementara itu, beliau berkata proses saringan penumpang di Lapangan Terbang Labuan yang hanya mengendalikan penerbangan tempatan masih menggunakan pengimbas termometer bergerak.
“Sebelum pekerja kapal boleh memasuki Labuan, mereka perlu menjalani saringan yang dilakukan oleh pegawai perubatan kami yang datang ke kapal tempat mereka bekerja, “ katanya.
Dr Ismuni berkata jabatan itu bekerja sama rapat dengan agensi penguatkuasaan dan keselamatan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, polis marin, Jabatan Laut Malaysia untuk melakukan pemeriksaan.