Covid-19: Satu Lagi Kematian Dilaporkan, Keseluruhan, 320 Pesakit Sembuh

KUALA LUMPUR: Satu lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan hari ini,  menjadikan keseluruhan kes kematian di Malaysia berjumlah 27 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian hari ini melibatkan lelaki berusia 61 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau disahkan meninggal dunia di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor pada 10.50 pagi tadi.

Dua kes kematian pertama di Malaysia dilaporkan pada 17 Mac lalu melibatkan lelaki berusia 34 tahun dari kluster perhimpunan tabligh di Johor dan paderi berusia 60 tahun di Kuching, Sarawak.

Bagi kes yang sembuh pula, shingga kini, sebanyak 320 orang pesakit telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan dischaj daripada hospital di seluruh negara termasuk sembilan pesakit di Sabah.