Covid-19: Satu Kes Baharu, 31 Kes Dirawat Di Sabah

Oleh SURAIDAH ROSLAN
KOTA KINABALU: Hanya satu kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di Sabah hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 328 kes.

Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon berkata, daripada jumlah tersebut masih terdapat 31 kes aktif termasuk tujuh kes yang dirawat semula. Kes aktif merupakan kes yang masih dirawat di hospital-hospital berpakar seluruh Sabah.

Kes dirawat semula tertinggi dicatatkan di Keningau dengan lima kes, menjadikan jumlah kes aktif di Keningau sebanyak lapan kes. Manakala satu kes dirawat semula di Kunak dan Semporna.

Beliau berkata, terdapat tiga kes pulih dilaporkan hari ini dan bilangan kumulatif kes pulih setakat ini adalah seramai 293 kes.

Selain Keningau, Lahad Datu turut mencatatkan bilangan kes aktif tinggi dengan lima kes, diikuti Kota Kinabalu, Keningau dan Semporna masing-masing dengan empat kes.

Sehingga kini, jumlah kes kematian di Sabah kekal dengan empat kes iaitu dua kes di Kota Kinabalu dan satu kes masing-masing di Tawau, Tambunan.

Sebanyak 16 kes baharu positif dilaporkan di Malaysia hari ini dan itu merupakan kes terendah dicatatkan setakat ini. Jumlah keseluruhan kes Covid-19 pula adalah sebanyak 6,742 kes.

Manakala, terdapat 110 kes yang pulih hari ini dan bilangan kumulatif kes pulih sehingga kini adalah sebanyak 5,223 kes. Kes kematian di Malaysia setakat ini kekal 109 kematian.

Seramai 16 pesakit kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, tiga pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.

(Visited 1 times, 1 visits today)