Covid-19: Sabah Catat 889 Kes Baharu, Enam Kematian

KOTA KINABALU: Sabah mencatat 889 kes positif Covid-19 dengan enam kematian hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Masidi Manjun, berkata, Kota Kinabalu  mencatat kes tertinggi dengan 557 kes, diikuti Tawau (80), Kudat (40), Sandakan (33), Papar (30).

Sementara itu, Tuaran dan Penampang merekodkan 24 kes; Semporna (19); Putatan dan Kota Belud (15);Lahad Datu (12), Ranau (11);Kunak dan Keningau (7), Kinabatangan (4);Kota Marudu dan Tambunan (3); Pitas dan Tenom (2)

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, Kluster Penjara Kepayan merekodkan sebanyak 434 kes baharu termasuk lapan kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mesra dan Kluster Megah di Sandakan.

Tambahnya, jumlah  kes baharu yang dilaporkan di Sabah hari ini merupakan kes Covid-19 yang tertinggi setakat ini.