Covid-19: Malaysia Catat Kes Tertinggi Dengan 287 Kes

Oleh SURAIDAH ROSLAN
PUTRAJAYA: Sebanyak 287 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dan ia merupakan kes tertinggi di Malaysia sejak penularan wabak itu pada Januari lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 129 kes dilaporkan di Kedah dan 113 kes di Sabah dan Selangor (31).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 20 kes tempatan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Dengan Selangor mencatatkan 13 kes, Terengganu (1), Negeri Sembilan (2), Perak (2), Labuan (1) dan Kelantan (1).

Bagi tempoh 20 September hingga 2 Oktober, sebanyak 139 kes positif mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Hari ini, dua lagi kluster baharu dilaporkan iaitu di Seri Anggerik (Hulu Selangor) dengan 14 kes positif dan Seri Setia (Gombak) dengan tiga kes baharu.

Katanya, dengan tambahan 287 kes baharu itu, keseluruhan kes di Malaysia adalah sebanyak 11,771 kes, dengan 1,540 kes aktif.

Sehingga kini sebanyak 10,095 kes pulih dan kes kematian kekal 136.