KOTA KINABALU: Empat kes baharu dilaporkan di Sabah hari ini membabitkan kes import bagi warganegara dan warga asing yang pulang dari Filipina.
Tiga daripada kes baharu yang dilaporkan di Sandakan itu adalah warga tempatan dan satu kes lagi melibatkan warga asing.
Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Frankie Poon berkata, dengan pertambahan empat kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sabah sebanyak 406 kes.
Beliau berkata, hanya satu kes pulih dilaporkan hari ini dan bilangan kumulatif kes pulih setakat ini kekal seramai 379 kes.
Kes kematian di Sabah kekal dengan lapan kes, masing-masing empat kematian di Kota Kinabalu dan satu kematian di Tawau, Penampang, Keningau dan Tambunan.
Bilangan kes aktif di Malaysia sehingga kini adalah sebanyak 200 kes, termasuk dua kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Manakala, terdapat 11 kes pulih hari ini dan bilangan kumulatif kes pulih sehingga kini adalah sebanyak 8,713 kes. Kes kematian di Malaysia sehingga kini kekal 125 kes.