COVID: 1,418 Kes Baharu di Sarawak, 11 Libatkan Jangkitan Paru-Paru

KUCHING: Hanya 0.78 peratus atau 11 daripada 1,418 kes positif COVID-19 di Sarawak hari ini melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, baki 1,407 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 366 kes, diikuti Sibu (146), Miri (130), Bintulu (85) dan Sarikei (80),” menurut JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini.

Kumulatif kes di negeri ini kini sebanyak 215,576.

Selain itu, 12 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Sarawak dari 29 Sept hingga 1 Okt, manakala jumlah kluster yang aktif adalah 102.