Christina Santuni Masyarakat Muslim Di Tawau

Christina menyampaikan sejadah, pelitup muka dan pensanitasi tangan kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Muttaqiin Sarapudin Mohd Jim.

TAWAU: Menyantuni rakyat tidak mengira perbezaan bangsa dan agama.

Itulah yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew yang hadir memberi sumbangan kepada masjid dan surau sekitar daerah ini.

Beliau menyampaikan sumbangan 2,600 helai sejadah, pelitup muka dan pensanitasi tangan kepada 48 jawatankuasa masjid dan surau.

Ahli BCCM bersama Christina selepas penyampaian sumbangan di gereja Kampung Serudung Baru.

Turut hadir dalam lawatan itu adalah Ketua Anak Negeri Abdul Wahab, Kapitan Cina Chin Chong Min, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Tawau Fung Thin Yein dan Pegawai Perhubungan Robert Penggai.

Selain masjid dan surau, Christina turut menyampaikan bantuan pelitup muka dan pensanitasi tangan kepada komuniti Kristian di empat buah gereja sekitar daerah ini.