Chemat Mustapha Sekali Lagi Dipilih Pimpin Amanah Labuan

LABUAN: Chemat Mustapha sekali lagi dipilih memimpin Parti Amanah Negara (Amanah) Labuan bagi penggal 2020-2022 dalam mesyuarat penubuhan Amanah Kawasan Labuan semalam (malam Sabtu).

Seramai 37 calon bertanding untuk 15 jawatan ahli  jawatankuasa, enam untuk dua jawatan juruaudit 1 dan 2, tiga untuk satu jawatan timbalan pengerusi tetap dan dua untuk satu jawatan pengerusi tetap.

Ahli politik veteran tempatan 57 tahun itu telah menang dalam pemilihan yang diadakan pada Februari tahun lepas, namun perlantikannya sebagai ketua kawasan Amanah Labuan dan barisan jawatankuasa lain dianggap tidak dapat diiktiraf berikutan arahan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Registrar of Society) untuk mesyuarat penubuhan diadakan semula berikutan ketiadaan minit mesyuarat diajukan.

Dalam mesyuarat penubuhan semalam yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Ladau, Nordin Ahmad dipilih sebagai timbalan ketua, manakala Asmadi Ahmad, Surizal Salleh dan  Hussaini Jahani masing-masing sebagai naib ketua 1, 2 dan 3.

Mohammad Heidar Mohammad Rashid kekal dilantik sebagai setiausaha, dan Mohd Rapi Uking sebagai Bendahari.

Johhan Shimin dilantik sebagai ketua komunikasi dan Sabarudin Abu Asri sebagai pengarah pilihanraya.

Enam anggota jawatankuasa (AJK) dipilih terdiri daripada Kasdi Kurdi, Roslan Kario, Dayangku Norizah Pg Zainal, Osman Tuyan, [email protected] Abd Rahman dan Mohd Syahrol Ezzun Zainudin, dan untuk lapan AJK lantikan lain akan dilantik kemudian.

Abdol Samat Mustapha dilantik sebabai pengerusi tetap dibantu Awang Abdullah Yassin sebagai timbalannya.

Abdullah Amir Abdul Rahman sebagai juruaudit 1 dan Tarlochan Singh sebagai juruaudit 2.

Sementara itu Matzinah Matali dipilih sebagai ketua wanita kawasan (Awan) dan Mahani Yusuf sebagai timbalannya.

Saira Kassim dan Jalimah Dullah masing-masing dipilih sebagai naib ketua 1 dan 2.

Nur Afiqah Syairah Sabaruddin dilantik sebagai setiausaha manakala Murul Ateqah Sabarudin sebagai timbalannya.

Manakala untuk jawatan ketua pemuda, Alif Osman dilantik untuk jawatan itu, dan timbalannya adalah Mohd. Faizal Afindi Safree.

Mohd Syahrol Ezzuann Zainudin dan Mohd. Fikryullah Putra Bungso masing-masing dipilih sebagai naib 1 dan 2.

Jumlah ahli Amanah Labuan kini adalah 2,057.

Dalam mesyuarat penubuhan itu, sebanyak 53 cawangan yang layak menghantar 265 orang perwakilan.

Cara undian untuk kesemua jawatan berkenaan adalah melalui E-Voting dan mesyuarat dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilih (AJP) Amanah Wilayah Persekutuan dan dipengerusikan oleh Zaharudin Othman.

Chemat berikrar Amanah Labuan akan menjadi podium suara rakyat Labuan dan menjadi rakan strategik dalam Pakatan Harapan yang akan membawa halatuju Labuan dari segi  pembangunan dan ekonomi, kestabilan politik Labuan.