Chemat Mustapha Dilantik Sebagai Ketua Amanah Labuan

1614
Chemat (kiri) dan Yahya (kanan) selepas pengumuman  

LABUAN: Ahli politik veteran tempatan Chemat Mustapha dipilih sebagai ketua kawasan Parti Amanah Negara (Amanah) Labuan pada pemilihan ulung kawasan parti itu pada malam Ahad.

Usahawan tempatan berusia 56 tahun memenangi jawatan itu selepas menewaskan Yahya Saleha yang diadakan di Dewan SJK Chi Wen.

Mantan ketua penyelaras Amanah Labuan Dr Ramli Tahir dipilih sebagai timbalan ketua, sementara Aswadee Taba dan Asmadi Ahmad sebagai ketua masing-masing 1 dan 2.

Mohammad Heidar Mohammad Rashid dilantik sebagai setiausaha dan Wan Abd Rahim Wan Abd Rahman sebagai bendahari.

Barisan kepimpinan baharu Amanah Labuan

Sembilan ahli jawatankuasa adalah Kasdi Kurdi, Nordin Ahmad, Abdullah Amir Abd Rahman, Mohammad Hussin, Dassuki Zainal, Roslan Kario, Surizal Salleh, Andy Herrdiwady dan Arjuna Yussof.

Yanti Aspar dan Azline Manson sebagai juruaudit 1 dan 2.

Yantei Bakir, 37, memenangi ketua kawasan wanita (Awan) dan Matzinah Matali sebagai timbalan ketua.

Haryani Isli dan Mahani Yusup memenangi jawatan naib ketua 1 dan 2 masing-masing.

Dayangku Norizah Pg Zainal dilantik sebagai setiausaha, sementara Rosinah Jahar sebagai bendahari.

Norisah Yahya dilantik sebagai juruaudit 1 dan Aidah Saidi sebagai juruaudit 2.