Calon Ketua Menteri Pun Tidak Sepakat Tapi Mahu Tadbir Sabah?

KOTA KINABALU: Bagaimanakah parti pembangkang mahu mentadbir Sabah jika calon Ketua Menteri pun mereka sukar untuk buat keputusan?

Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon, bertanyakan soalan itu apabila diminta menjelaskan mengenai persiapan Warisan Plus, menghadapi pilihan raya negeri mengejut nanti.

Penyandang kerusi dewan undangan negeri (DUN) Tanjong Papat itu berkata, walaupun bersama dengan Perikatan Nasional, pihak pembangkang dilihat sebagai tidak bersatu. Ia adalah sesuatu yang tidak berlaku di kalangan parti Warisan Plus.

Poon, menteri sementara di Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan bercakap kepada wartawan selepas menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal yang terjejas akibat wabak Covid-19 di Tawau, hari ini.

“Kami sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya tetapi saya tidak tahu jika mereka (pembangkang) sudah bersedia,” katanya dan menambah yang mereka sudah tahu siapakah ketua menteri jika menang dalam pilihan raya nanti.

Namun, buat masa ini tidak jelas siapakah yang akan mereka pilih sebagai ketua menteri mereka.

“Siapakah yang akan memimpin jika mereka menang? Mereka akan berdepan dengan masalah. Bagaimana mereka mahu menerajui kerajaan negeri jika mempunyai pelbagai masalah dalaman ketika ini,” katanya.

‘Kami amat yakin. Kami ada pemimpin iaitu Ketua Menteri ketika ini iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal,” katanya menambah yang mereka ada halatuju dan sebab itulah mereka tidak ada masalah.

Poon berkata, mereka menyokong Shafie dan akan terus bekerja dengannya.

Beliau katanya, adalah pemimpin yuang mempunyai visi dan membawa mereka bersama mengharungi susah senang, termasuk berdepan dengan pandemic Covid-19.