Cadangan Kepada Kerajaan Negeri Sebelum Melaksanakan Total Lockdown Selama Dua Minggu

KOTA KINABALU: Kami menyokong usaha Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah bagi melaksanakan Penutupan Penuh (Total Lockdown) di seluruh Sabah sebagai langkah untuk membendung Covid19.

Dengan mengambil kira pelaksanaan Total Lockdown akan membawa impak besar khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan pengusahaan kecil dan sederhana (SME), kami dengan ini mengemukakan cadangan-cadangan berikut:

1. Menjalankan ujian saringan komuniti meluas COVID-19 percuma (free mass swab testing) di setiap daerah, khususnya di kawasan luar bandar.

2. Kerajaan Negeri mengambil peranan proaktif dalam membeli vaksin untuk warga Sabah dan juga menambah pusat vaksinasi untuk mempercepatkan proses vaksinasi.

3. Memberi bantuan khas tunai kepada individu dan golongan yang terjejas termasuk golongan B40 dan M40, golongan petani, peladang dan lain-lain. Selain daripada itu, mewujudkan bantuan khas kepada PKS (SME).

4. Mengumumkan pengecualian membayar bil air dan diskaun ke atas bil elektrik.

5. Menambah peruntukan khas kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah untuk mengagih bakul makanan di kawasan masing-masing. Memperuntukkan ’Bantuan Orang Susah’ kepada Ahli-Ahli ADUN dari parti pembangkang supaya rakyat yang susah dapat diberi bantuan wang tunai pada musim yang susah ini.

6. Mengadakan mesyuarat khas yang melibatkan semua Ahli Parlimen dan ADUN Sabah untuk membincangkan situasi penularan wabak COVID-19 di Sabah dan wujudkan ruang terbuka kepada semua wakil rakyat untuk memberi pandangan dan idea untuk bersama-sama membendung wabak Covid19 di Sabah. Ini selaras dengan usaha yang telah dibuat di negeri Johor.

7. Memberikan laptop riba atau tablet kepada murid-murid khususnya di golongan B40 bagi membolehkan akses pembelajaran yang berkualiti.

8. Meluluskan peruntukan khas untuk membantu belia-belia di Sabah, khususnya kepada anak-anak muda yang mengganggur.

YB PHOONG JIN ZHE (DAP), Ahli Dewan Undangan Negeri N21 Luyang

YB RINA JAINAL (WARISAN), Ahli Dewan Undangan Negeri N70 Kukusan

YB JUSTIN WONG (DAP), Ahli Dewan Undangan Negeri N69 Sri Tanjong