Bukan Kah Masalah “Lapuk” Seharusnya Diselesaikan Sejak Sekian Lama

Oleh SIMSUDIN BIN SIDEK
SURAT: Merujuk kenyataan balas Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih dan menghargai maklum balas segera dari pihak tuan.

Mengambil semangat kebertanggungjawaban sebagai sebuah jabatan kerajaan selaku agensi pelaksana Kerajaan memikul amanah rakyat, mereka harus bersedia mendengar suara rakyat dan menerima sebarang bentuk teguran dalam memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.

SIMSUDIN SIDEK

Jabatan kerajaan seharusnya mengambil sikap berlapang dada menerima teguran yang dibangkitkan tidak kira oleh mana mana pihak sekali pun. Apatah lagi terhadap sesuatu dakwaan yang disokong dengan asas dan bukti yang kukuh.

Apa yang kita bangkitkan adalah kenyataan dan kami ketepikan soal kepentingan politik semata mata untuk mengangkat isu isu membabitkan kepentingan dan keselesaan rakyat. Pihak pengurusan yang menjadi peneraju perlu berlapang dada dan mengambil teguran dan kritikan kita sebagai maklumat dalam menangani masaalah yang dibangkitkan.

Suka saya nyatakan, saya mempunyai bukti untuk menyokong kenyataan saya seperti saksi, gambar, tarikh dan masa kejadian.

Tidak perlu prejudis dalam menangani teguran dengan mengaitkannya sebagai berunsurkan politik, berkepentingan, meraih ‘POLITICAL MILEAGE’ dan sebagainya. Lupakan perbezaan politik dan anggaplah ia sebagai sebahagian daripada proses demokrasi matang yang sedang dilalui oleh rakyat negara kita pada hari ini.

Punca kebocoran di Hospital Labuan.

Penggunaan perkataan “lapuk” juga kedengaran amat dangkal untuk digunakan dalam konteks permasalahan yang dibangkitkan.

Kalau masaalah yang dibangkitkan tersebut dianggap sebagai “lapuk”, kenapa langkah langkah pembaikan masih dijalankan dan hanya dijangka selesai bulan depan?

Bukan kah masaalah “lapuk” seharusnya diselesaikan sejak sekian lama dahulu dan tidak harus menjadi isu berbangkit pada hari ini?

Semoga segala niat suci kita semua untuk melihat keselesaan rakyat akan menjadi satu kenyataan serta ibadah yang sentiasa memperolehi keberkatan dari Allah SWT, InsyaAllah.

• Simsudin Bin Sidek ialah Pengerusi PKR Labuan

BERITA BERKAITAN: –

Dakwaan Pembangkang Hospital Labuan Kekurangan Cuma ‘Political Mileage’