Menurut laporan Free Malaysia Today, lelaki dikenali Mohd Zulhairi Zainol itu menghantar mesej kepada seorang penduduk kampung di Pitas pada 20 Januari lalu yang memaklumkan pertubuhan amal diwakilinya mahu menyumbangkan dua buah bot selepas mendapat maklumat mengenai kesengsaraan murid berkenaan menerusi media.
Bot-bot gentian kaca berukuran 7.6 meter dan 5.8 meter panjang beserta enjin 30 kuasa kuda dan beberapa jaket keselamatan, dihantar pada keesokan harinya.
Menurut penduduk, kedua-dua bot yang disumbangkan itu telah digunakan selama setahun namun masih berada dalam keadaan baik.
Baru-baru ini, gambar lebih 20 murid dari Kampung Pituru Timbang Taun yang bersesak dalam bot tanpa jaket keselamatan untuk ke sekolah, tular di media sosial.
Gambar itu turut dikongsikan pelbagai pihak termasuk Pitas Media dan Borneo Voice.