Bot PPM Meletup, Empat Cedera

Oleh ARDYHANSAH AMAT
TAWAU: Empat anggota Pasukan Polis Marin (PPM) cedera selepas bot peronda yang dinaiki meletup dalam kejadian berhampiran Pangkalan PPM, di sini, hari ini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku pukul 7.35 pagi tadi.

“Sehingga kini tiga anggota yang terbabit melecur tahap sembilan peratus manakala seorang lagi melecur 12 peratus.

“Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Tawau dan dirawat di Zon Kuning dan Merah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut perkara itu.

“Siasatan terperinci sedang dilakukan,” katanya.

Difahamkan bot berkenaan meletup selepas tiga minit keluar dari Pangkalan PPM Tawau untuk melakukan tugas rutin.