Bot PGA Terbakar Di Sandakan

SANDAKAN : Sebuah bot Pasukan Gerakan Am (PGA) terbakar di laut berhampiran Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.49 pagi.

Katanya, sepasukan 8 pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari BBP Sandakan dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 8 kilometer dari balai.

“Pasukan bomba ke lokasi dengan bantuan bot PPM dan setiba di lokasi pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan satu aliran foam dengan sumber air laut.

Katanya kebakaran berjaya dikawal jam 10.15 pagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya jam 10.50 pagi.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.